MENU

Fun & Interesting

SAMBUTAN HANGAT RAKYAT KEDAH! BANTUAN DIBERIKAN TERUS KEPADA RAKYAT!

ORAITNOPO Channel 14,211 1 day ago
Video Not Working? Fix It Now

Menyantuni Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) Negeri Kedah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Saya ingatkan kelompok ini untuk terus laksana tugas dengan baik selain menjadi perantara antara Kerajaan MADANI dengan rakyat di bawah. Saya juga gunakan ruangan ini untuk menangkis dakwaan sesetengah pihak yang sentiasa memainkan sentimen perkauman dan membawa naratif agama yang sempit sambil menyifatkan tindakan puak ini sebagai sangat dangkal. Saya turut mengulangi jaminan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat. Dakwaan pihak tertentu bahawa RUU itu bakal menyebabkan hak dan tanah rizab Melayu dirampas adalah satu penipuan semata-mata dan saya meminta agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak benar tentang perkara ini. Saya dan pasukan MADANI akan terus bertekad untuk mengubah nasib rakyat serta tidak akan sesekali membiarkan mereka hidup dalam kediaman yang sempit dan usang. Saya juga akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyediakan perumahan yang lebih selesa dengan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat keseluruhannya. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #dsanwaribrahimpm10 Join this channel to get access to perks: https://www.youtube.com/channel/UCrt_WQ1T3mGl2yp8Lom_OKA/join

Comment