Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara berseloroh menyoal Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada dia sudah menjadi wakil bagi kawasan Muar.
Ia berikutan Mumtaz bertanya kepada Anwar berkenaan peruntukan pembangkang untuk membantu isu rakyat dengan menekankan bahawa ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih tidak mendapat peruntukan walau sudah berunding.