MENU

Fun & Interesting

SEPETANG DI PERIGI TUJUH, SERENDAH

Video Not Working? Fix It Now

Satu ketika dahulu, Serendah adalah satu kawasan lembah rendah yang dikelilingi bukit tinggi dan sungai yang mengalir di tengah dan ia kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan sekaitar terutamanya selepas hujan. Itulah antara sebab mengapa serendah mendapat nama dan apa kaitannya dengan perigi tujuh yang ada kawasan ini. Sepetang kali ini merungkai sejarah di sebalik perigi tujuh. Serendah, sebuah pekan kecil di daerah Hulu Selangor.Terletak kira-kira 7 km dari bandar Rawang dan boleh diakses dengan menggunakan Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh, dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh dihubungi melalui persimpangan Rawang dan Bukit Beruntung. Perigi Tujuh terletak di Kampung Datuk Harun, Serendah, Selangor. Di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Serendah mula diteroka pada tahun 1870, hanya sedikit lewat berbanding dengan pembukaan Kuala Lumpur. Sebuah kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah sehingga kini.

Comment