MENU

Fun & Interesting

Siti Nurhaliza - Nirmala (Official Music Video)

Siti Nurhaliza 32,618,460 12 years ago
Video Not Working? Fix It Now

#SitiNurhaliza #SanggarMustika #SuriaRecords #Traditional #Irama #Classic #ClassicalMusic #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia “Sanggar Mustika” merupakan album studio ke-9 oleh penyanyi Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 10 Mac 2002 oleh Suria Records. Album ini merupakan penyambung tradisi muzik tradisional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi". Judul "Sanggar Mustika" dipilih berdasarkan maksud sanggar yang bermakna tempat dan mustika yang bererti cantik atau sempurna. Ianya diterjemahkan sebagat tempat yang paling cantik atau sempurna untuk meletakkan irama tradisional. Proses pembikinan album ini bermula pada awal Januari 2001 semasa Siti melancarkan album ketujuhnya, Safa dan siap sepenuhnya pada akhir Februari 2002 Dengarkan album ini di Spotify: https://tinyurl.com/SNSanggarMustikaSpotify Dengarkan album ini di Apple Music: https://tinyurl.com/SNSanggarMustikaApplMsc Dengarkan album ini di JOOX: https://tinyurl.com/SNSanggarMustikaJOOX Dapatkan album fizikal “Sanggar Mustika” untuk koleksi anda di sini sekarang: https://tinyurl.com/SNSanggarMustikaShopee Trivia tentang "Nirmala": 1. Lagu ini digubah oleh Pak Ngah, dengan Che' Kem sebagai penulis liriknya. 2. "Nirmala" adalah merupakan single pertama dari album ini. 3. Lagu "Nirmala" diilhamkan oleh sebuah kisah benar yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kisah yang dikenali sebagai "Hadith al-Ifk". "Nirmala" yang bermaksud bersih, suci dan tidak ternoda menggambarkan bahawa isteri baginda, Aisyah, yang difitnah ketika itu tidak bersalah. 4. Lirik lagu ini menceritakan kesedihan yang ditanggung Aisyah di samping penceritaan semula Hadith Al-Ifk dalam bait-bait susunan lagu. Diciptakan seorang insan Lembut hati bak redup pandangan Pabila berkata Seluruh alam menyaksikan kesyahduan Bagai tersentuh rasa percaya Tika terdengarkan Aduhai... Telah jauh berkelana entah di mana Ada rasa hanya kuntum kasihnya Khabar itu merelakan perjalanannya Ada jiwa hanya kuntum kasihnya Biar panas membakar Biar ranjau mencabar Telah mekar hati seindah purnama Dipujuk segala rajuk Sepi rindu adakala Meracun imannya (Biar panas membakar Biar ranjau mencabar Hati mekar seindah purnama) Siapa menyapa bagai pelita Arah yang menghilang tika gelita (Duhai kasih bulan saksi) Tatap tidak ditatap Kotakan di dada yang terdetik Temukan sang cinta (Angin pun mula bercerita Semesta nyata terpedaya) Kekasih tak berbahasa Getir fikir derita mengharap Suara... (Tangis bagai gerimis Hati bak tasik pedih Cuba cari hakikat Temukan azimat) (Kasih gundah gerhana Diam tak berirama Gusar tambah gementar Tak tertanggung rasa) Nun dari sana Telah turun berbicara Sang kesuma bidadari syurgawi ( solo ) Sesungguhnya berkasihlah Di antara manusia Perindah segala kata-kata Bahagia itu janjinya Mengapa kita sengketa Rentaslah jalan terbuka Tanpa dusta (Telah teguh di garis... Karma!) Telah jauh berkelana entah di mana Ada rasa hanya kuntum kasihnya Khabar itu merelakan perjalanannya Ada jiwa hanya kuntum kasihnya Biar panas membakar Biar ranjau mencabar Telah mekar hati seindah purnama Dipujuk segala rajuk Sepi rindu adakala Meracun imannya (Biar panas membakar Biar ranjau mencabar Hati mekar seindah purnama) ( 3 ) Tangis bagai gerimis Hati bak tasik pedih Cuba cari hakikat Temukan azimat Kasih gundah gerhana Diam tak berirama Gusar tambah gementar Tak tertanggung rasa

Comment