Hai smua,
Disini saya sertakan resepi sup tulang ala thai..
Bahan bahan:
-1kg tulang
-2 biji bawang holland di belah besar
-serai di ketuk
-lengkuas 1 1/2 inc
-daun limau purut
-bawang kecil 3 bji,bawang pitih 7 ulas,halia 1 inch di tumbuk
-perahan lemon (kalau suka masam letak lebih)
-daun ketumbar (akar ketumbar basuh bersih dan ketuk.utk sedapkan lagi sup)
-tomato
-cili api
Cara cara: phillips hd2137
-on plug dan tekan SAUTE HIGH TEMPT dan START utk menumis
-masukkan mnyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan
-masukkan serai,lengkuas,bawang holland hingga naik bau
-masukkan tulang dan air
-cancel mode saute high tempt tadi.. ttup lid dan valve ke seal. Tekan button PRESSURE COOK pilih MANUAL dan tekan COOKING TIME 35 minit (nak lama tambah je masa) dan tekan START.
-selepas bunyi beep,tekan button cancel,boleh release pressure dgn tolak valve kebawah slow2..
-bila lid (penutup) sudah di buka,set semula SAUTE HIGH TEMPT dan tekan START untuk step seterusnye
-masukkan air lemon, akar ketumbar,batang saderi yg dah di potong,gula sedikit,garam,ajimomoto dan sos ikan,selang seli ye..bukan masuk sekaligus..
-last sekali masukkan tomato dan daun ketumbar..masa ni boleh lah rasa..klau kurang rasa boleh tambah ape yg patut..
Selamat mencuba 😊
#suptulang #pressurecooker #philipshd2137 #jommasukdapur #thaicuisine #resepimudah