Trip Pulau Perhentian
29 Feb - 1 Mar 2020
Private Tekong
Trip ni di organize kan oleh kawan aku, Jimmy yang merupakan salah seorang pemilik Tuna Bay Island Resort, Pulau Perhentian.
Tekong yang kami gunakan bukanlah tekong untuk trip memancing tetapi biasanya dia akan bawa pengunjung pulau untuk aktiviti snorkeling dan diving. Special request from Jimmy untuk bawa kami ke area-area unjam berdekatan pulau perhentian.
Trip ni memang kami set dan aim untuk mencari ikan tenggiri yang kebetulannya tengah musim ikan tenggiri.
Persediaan termasuklah menyediakan assist wire hook dan jig 60g-100g yang banyak.... Tak lupa juga persediaan mental untuk kehilangan jig yang banyak! 😭