Di zaman yang penuh dengan pelbagai maklumat, umat Islam perlu untuk memahami pandangan alamnya. Terutama untuk memahami dan memilih maklumat yang mengandungi faham sekularisme dan sekularisasi yang dapat mengelirukan fikiran umat muslim dalam memandang alam semesta dan sekelilingnya.
Kekeliruan yang dikehendaki oleh pemikir-pemikir Barat melalui faham sekularisme dan sekularisasi, mesti ditanggapi dengan munasabah. Dengan itu, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berijtihad dengan menawarkan ubat untuk menangkal penyakit yang telah mengelirukan muslimin masa kini.
Dalam seri Pelita Ramadhan kali ini, saudara Khayrruijal—kini sedang melakukan tesis Doktor Falsafahnya di RZS-CASIS—akan menerangkan apakah makna pandangan alam Islam dan peranannya dalam menghadapi cabaran semasa, terutama terhadap arus faham sekularisasi yang telah melanda umat Islam.
---------------------
Pelita Ramadan merupakan siri terbaharu yang dibawakan khas oleh PBMUM pada bulan Ramadan ini untuk membincangkan topik yang berkisarkan pada Islam. Walau bagaimanapun, tumpuan kami tidaklah terhad kepada soal puasa sahaja tetapi kepada topik yang lebih meluas seperti ilmu kalam, sains dan Islam, bahasa, sosial dan sebagainya.
Jangan lupa untuk langgani saluran Youtube kami dan ikuti kami di Instagram, Spotify dan Tiktok!
https://www.instagram.com/pbmum_/
https://www.tiktok.com/@pbmum_