Ibadah disaluti integriti perlu dimaknai dan diterjemahkan bukan sekadar pada bulan Ramadan sahaja tetapi juga dalam kehidupan seharian sewaktu menggalas tanggungjawab yang diberikan.
Pesanan itu saya titipkan sewaktu berucap pada Majlis Iftar Bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan Selangor semalam
Disiplin yang tinggi bakal membentuk peribadi seseorang individu termasuk para pemimpin yang perlu berkhidmat kepada rakyat tanpa jemu demi kebajikan dan masa depan mereka.
Apa gunanya kalau kita semua bersungguh-sungguh menjalani ibadah dalam bulan Ramadan tetapi elemen dan aspek integriti diabaikan hingga membawa kesan negatif kepada sesebuah organisasi, pentadbiran, sosiobudaya dan juga imej negara.
Sebelum itu, saya sempat singgah di Bazar Ramadan Seksyen 2 Shah Alam lantas menyantuni pengunjung dan peniaga yang berada di situ dalam mendapatkan juadah berbuka.