MENU

Fun & Interesting

Legasi Podcast

Legasi Podcast

Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.

Khazanah seni & budaya masyarakat adalah harta peninggalan yang sangat bernilai. Tidak sekadar harta atau khazanah itu wujud dalam bentuk kekal malah, perjalanan sejarah seni dan budaya itu sendiri, turut bernilai tinggi dalam membentuk perjalanan sesebuah bangsa & negara.

P. Ramlee & angkatan karyawan, sasterawan dan budayawan sezamannya telah melakar banyak kejayaan yang telah pernah meletakkan bidang seni & budaya khususnya dalam cabang seni muzik & seni perfileman pada tahap yang cemerlang.

Legasi zaman keemasan yang pernah dicapai ini perlu dibicara & diketengahkan semula sebagai cerminan kepada pelbagai pihak berkepentingan kini, bagi menyambung dan melakar legasi baru yang bakal ditinggalkan untuk generasi masa hadapan.

Itu legasi yang pernah kita miliki
Itu legasi yang akan kita sembang-sembangkan
Itu legasi yang perlu kita sambung