Podkas dalam Bahasa Malaysia yang membawa perhatian anda kepada isu-isu automotif. Podkas Tekan Habis dibawakan oleh hos Hezeri Samsuri (Pengarang Urusan Careta.my) dan Thoriq Azmi (Pengarang Kanan Caricarz.my). Di dalam podkas ini, kami “tekan habis” pelbagai isu berkaitan produk-produk baharu, industri automotif, kepenggunaan dan teknologi terkini.
Podkas Tekan Habis diterbitkan oleh Irzal Kamal bersama hos-hos anda, dan dirakam di Impressions Digital Content Center di Cyberjaya.