MENU

Fun & Interesting

USTAZ MOKHTAR YAACOB - HARGAILAH NIKMAT UMUR - MASJID MUKIM JAMBU MERAH MELOR

Teropong Akhirat 56,739 2 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi] Tambahan pula, jika Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu adalah bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT: أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ al-Fatir:37 Maksudnya: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11] Berdasarkan soalan di atas, riwayat tersebut ada dinukilkan di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir karya Imam al-Suyuthi. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 455/1, no. Hadith 4600] Akan tetapi, riwayat tersebut sanadnya dinilai sebagai dhaif sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Siraj al-Munir. [Lihat: al-Siraj al-Munir, 205/3] Tambahan pula, riwayat ini juga dinilai dhaif oleh al-Albani ketika beliau mentakhrijkan hadith-hadith di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir ini. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 472/1] Selain itu, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi meletakkan riwayat ini di dalam kumpulan hadith-hadith dhaif dan palsu. [Lihat: Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah, 200/5] Untuk itu, kami cenderung bahawa riwayat tersebut adalah dhaif. Akan tetapi berkaitan umur ini ada disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Ahmad iaitu: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ، حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً Maksudnya: “Allah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun.” [Riwayat al-Bukhari (6419)] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasam disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ أَتَتْ عَلَيْهِ سِتُّونَ سَنَةً، فَقَدْ أَعْذَرَ اللهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (8262)][Riwayat ini sanadnya adalah kuat menurut Syeikh Syu’aib dan riwayat ini dijadikan sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim] Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah SWT memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujjah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu. Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah SWt seperti mereka berkata “jika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.” Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat. [Lihat: Fath al-Bari, 240/11] Wallahua’lam

Comment