Kelas Fiqh Zikir & Doa adalah kelas yang terbaru di Yayasan Ta'lim. Kelas tersebut akan di sampaikan oleh Ustaz Azzahari Murad (hafizahullaah).
Kuliah ini akan membincangkan kitab Fiqih Doa dan Dzikir susunan Asy-Syaikh 'Abdurrozzaq bin Abdil Muhsin Al-Abbad, yang membahaskan hakikat di sebalik zikir sama ada dari aspek tauhid, fiqh, makna, fadhilat (ganjaran keutamaan), adab, tatacara, akhlak, dan beberapa aspek lainnya.
Kelas ini bermula pada 26 June 2024. Setiap hari Rabu, 08.30 pagi - 10.00 Pagi di Bangunan Yayasan Ta'lim.
--------------------------------------------------------------
Yayasan Ta'lim adalah sebuah badan dakwah yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-02/2009) untuk menyampaikan ilmu-ilmu agama yang sahih kepada masyarakat melalui kelas-kelas pengajian, pengedaran bahan bacaan seperti buku-buku dan risalah serta aktiviti-aktiviti dakwah yang lain.
Oleh itu, sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu di dalam usaha ini. Setiap sumbangan anda layak mendapat pengecualian daripada Cukai Pendapatan di bawah Sub Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Akaun "Yayasan Ta'lim"
CIMB 860-0066-987
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi pejabat Yayasan Ta'lim: 03-7728 2393
http://yayasantaalim.com
http://yayasantaalim.blogspot.com
http://facebook.com/YayasanTalimOfficialPage