MENU

Fun & Interesting

AIR ASAM KERISEK UTARA | RAHSIA RASA YANG PADU |ORIGINAL RESEPI

Dayang Suri 29,000 lượt xem 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Air Asam Kerisek ni memang menjadi kegemaran orang utara zaman berzaman. Paling dinanti zaman kami kecik-kecik dulu, masa kenduri la, dapat makan Nasi Daging(menu paling terkenal di wilayah utara ni) dijadikan santapan semasa kenduri), daging rebus dan air asam kerisik.. Kalau makan tu memang bertambah tambah la nasik jawapnya😋

Ada pelbagai jenis cara dan resepi Air Asam ni, tapi yang ni kami belajar dari tok nenek dan jugak tokwan yang jadi tukang masak kenduri kendara, air tangan orang lama.. Memang suka masuk kan kerisek untuk rasa yang lebih UMPPHH,, rasa lebih lemak, original dan PADU BAQ HANG!

Resepi ni memang cukup segala rasa dah, masam, manis, lemak, pedas pedas manja, masin dia memang sesuai dimakan seisi keluarga. Cuba lah buat sendiri kalau tak percaya...kalau jadi boleh la komen kat bawah video ni nanti, like dan share untuk semua orang taw pasal kesedapan dan keistimewaan air asam kerisik ni yang sangat SESUAI dijadikan pencicah untuk Makanan rebus, bakar, kukus atau bergoreng!!! Semoga perkongsian resepi ni dapat membuatkan seluruh peminat air asam pandai menyediakan air asam yang sedap dan lazat buat keluarga masing-masing ya🤗

Bahan Hiris Halus
2 biji tomato
2 biji bawang besar

Bahan kisar kasar
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili merah(besar)
2 inci belacan
2 sudu besar asam jawa(perah dan jadi kan jus semangkuk kecil)

Bahan lain
4 sudu besar kerisek
2 sudu teh garam halus
2 sudu teh gula


Tips dan Rahsia :
1)Ramas bawang besar dan tomato dengan tangan, baru jus bahan tu dapat keluar, air tangan kita yang penting..
2)Guna kan sarung tangan plstik kalau tangan tak tahan pijar cili okay
3) Bakar belacan kat api sekejap untuk air asam lebih wangi dan sedap

Nota: mangkuk kecil kami guna = mangkuk plstik tau fu fa tu ja.

Music: https://www.bensound.com

Comment