Hari ini saya nak tunjuk cara saya buat kuih sardin gulung menggunakan tepung gandum sahaja. Rasanya tetap rangup dan rapuh dengan inti sardin. semoga bermanfaat. #sardingulung
untuk kulit sadin gulung
Tepung gandum 3 cawan
1 sudu tea garam
1 cawan air sejuk dari peti ais
3 sudu makan planta
3 sudu makan minyak masak
Untuk inti
Ikan sardin
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar didadu
Sedikit air asam jawa
2 sudu makan cili kisar
Sedikit garam
Sedikit gula