MENU

Fun & Interesting

Kek Batik Indulgence Kayangan Tanpa Bakar | Sedap Sampai Jilat Jari | Mudah Mesti Cuba

Nazrul Hafiz 23,369 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Hi semua. Kali ni saya nak share dengan anda resepi kek batik indulgence yang kaya dengan rasa coklat. Kek batik indulgence ni pernah viral. Rasanya memang sedap gabungan kek 3 lapisan iaitu lapisan kek batik dari coklat dan biskut marie, lapisan cheese dan lapisan coklat ganache. Untuk video ni kek nampak sedikit tinggi sebab saya guna loyang 8 inci. Sepatutnya guna loyang 9 inci untuk resepi ni tapi saya cari loyang hilang entah ke mana. Tapi rasa kek ni memang terbaik. Sebaiknya disejukkan semalaman sebelum dipotong. Sila guna loyang yang boleh tanggal untuk mudahkan anda nak keluarkan kek dan potong nanti. Semoga resepi ni dapat memberi manfaat pada anda semua. Selamat mencuba dan jangan lupa subscribe, share dan comment. Terima kasih Bahan bahan Lapisan kek batik -500 gram biskut marie (perisa original) -230 gram mentega -50 gram serbuk koko -1 cawan milo -1 sdk serbuk kopi/nescafe (kopi/nescafe akan naikkan lagi rasa coklat pada kek) -160 gram susu pekat -170 ml susu -1 sdk essen vanilla -1/4 sdk garam (tidak perlu jika anda guna salted butter) -1 biji telur Lapisan cheese -2 sdk gelatin -4 sdk air panas -200 gram cream cheese -35 gram gula kastor -1 sdb susu pekat -1 sdk essen vanilla -1/2 sdk jus lemon -170 ml krim putar tenusu/whipping cream Coklat ganache -250 gram coklat masakan gelap (dark cooking chocolate) -200 ml krim putar tanpa tenusu/whipping cream -1/2 sdk essen vanilla -1 sdb mentega "Ikson - Present" is free to use on social media. Any doubt, please contact with Ikson. Music promoted by BreakingCopyright: http://bit.ly/2PoiIin

Comment