MENU

Fun & Interesting

LP34 | Perempuan, Isteri dan Sofia Jane

Legasi Podcast 32,512 lượt xem 1 week ago
Video Not Working? Fix It Now

SOFIA JANE ON SET, ON SOUL, ON P. RAMLEE

Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh dua susuk besar industri hiburan negara, Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanah air disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.

Episod 34 bersama Datin Sofia Jane! Bukan sekadar wajah jelita di layar perak, beliau adalah lambang ketulenan bakat dalam dunia lakonan tanah air. Sejak kemunculan awalnya dalam filem dan drama era 90-an, Datin Sofia Jane terus memukau penonton dengan watak-watak yang dilakonkan penuh jiwa.

Keupayaannya menghidupkan pelbagai karakter daripada wanita lembut berjiwa besar hingga figura yang kompleks dan gelap, menjadikan beliau antara pelakon wanita paling dihormati di Malaysia. Lakonannya tidak pernah berlebihan, cukup halus dan menyentuh.

Kini, meskipun lebih selektif, kehadiran Sofia Jane tetap dinanti. Beliau membuktikan bahawa seni lakon bukan tentang populariti semata-mata, tetapi tentang kesungguhan menyampaikan cerita dengan jujur dan berkesan.

Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!

Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!
Sembang...biar berisi, biar ada solusi...
Sambung...kalau bukan kita, siapa lagi?

Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.

#Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #DatinSofiaJane #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy

Comment