FAUZIAH AHMAD DAUD...DAHULUNYA DIPANGKU P. RAMLEE, KINI BERSATU LEGASI
Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diteraju oleh dua sosok besar industri hiburan negara iaitu Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanahair disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.
Episod 8 kali ini membawakan kepada anda Fauziah Ahmad Daud yang terkenal sebagai pelakon dan penyanyi di Malaysia dan merupakan anak kepada seniman Ahmad Daud dan seniwati Saadiah. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Hati Batu (1973), beliau telah membintangi filem ikonik seperti Azura, Ali Setan, dan Puteri, serta menghasilkan empat album studio antara 1982 hingga 1991. Sepanjang kerjayanya, Fauziah Ahmad Daud meraih pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia, termasuk Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, yang menjadikannya salah seorang bintang yang dihormati dalam industri hiburan tanah air.
Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!
Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!
Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.
#Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #FauziahAhmadDaud #RuminahSidek #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy